Tips Temuduga Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Ada beberapa orang menghantarkan soalan kepada saya tentang tips-tips untuk menghadapi temuduga Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM, jadi saya memutuskan untuk menulis supaya lagi ramai boleh mendapat manfaat. Tips-tips ini boleh juga diguna pakai untuk temuduga di universiti-universiti lain untuk memasuki skim pensyarah mereka yang mempunyai elemen ‘mock teaching’ ketika temuduga.

Seperti biasa, tips-tips ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi ketika melalui temuduga yang sama dahulu. Saya tidak pasti apakah konsep temuduga adalah masih sama sekarang atau berbeza mengikut fakulti? Apapun, kebanyakannya adalah sangat bergantung kepada individu panel penemuduga, fakulti, universiti dan yang paling utama, REZEKI 🙂

  1. Seperti semua sedia maklum, biasiswa skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) ni diberikan kepada individu-individu yang bakal menjadi pensyarah di UiTM. Oleh kerana itu, elemen yang agak penting di dalam temuduga adalah elemen ‘Mock Teaching’ di mana kita perlu ‘berlakon’ sebagai pensyarah dan ‘mengajar’ di hadapan panel-panel menggunakan power point yang telah kita sediakan. Slaid pengajaran haruslah berkenaan dengan ‘bidang’ yang ditawarkan.Untuk penyediaan slide pengajaran bagi ‘mock teaching’, nasihat saya, cuba buat slide ‘Introduction’ bagi topik bidang yang kita pilih tu. Anggapkan yang kita akan mengajar kelas pertama dalam semester baru. Apa yang biasa panel nak lihat adalah cara kita mengajar, dan ada tak ciri-ciri sebagai seorang pensyarah? Semasa zaman saya melalui temuduga ini, ada seorang calon yang turut ditemuduga telah ‘dihentam’ dengan pelbagai soalan dari panel hanya kerana dia memilih bahagian ‘tengah-tengah’ dalam subjek tersebut yang mungkin dia fikir, dia tahu dan faham sepenuhnya. Tetapi mungkin kerana ada kesalahan menyampaikan fakta pengajaran yang terdapat pada slide, bertalu-talu dia ditanya tentang topik yang dia bentangkan, dan dia jadi blank dan keliru dengan topik tersebut.

    Padahalnya, tujuan mock teaching bukan untuk melihat sama ada kita ‘well-versed’ atau tidak dalam bidang tu, kerana kita akan dihantar pergi belajar bidang tersebut untuk menguasai bidang tersebut. Tetapi oleh kerana, kita yang baru habis belajar ni, membentangkan topik pengajaran yang mungkin agak ‘complicated’ dan membentangkan di hadapan panel-panel yang mempunyai puluhan tahun pengalaman mengajar subjek yang lebih kurang, terus tanpa sengaja kita ditanya macam-macam tentang topik tersebut.

    Jadi, sekali lagi, untuk selamat, buat saja slide pengajaran ‘introduction’ untuk topik tersebut, untuk mengurangkan kemungkinan kita tersalah menyampaikan fakta atau terlalu ‘nampak pandai’ yang mungkin menarik minat panel untuk bertanya, dan sebab panik, semua jawapan tak betul.

  2. Tips yang kedua adalah bersedia dengan tempat belajar. Tak semestinya kita perlu sudah ada ‘offer letter’ dari universiti (kalau ada lebih baik), tapi kita sudah membuat ‘research’, di universiti-universiti terbaik mana bidang tersebut ada ditawarkan. Sama ada universiti di luar atau dalam negara, masuklah ke dalam website universiti-universiti tersebut dan periksa jika ada ditawarkan.Antara soalan yang ditanya oleh panel ketika saya ditemuduga dulu, adalah berkenaan perkara di atas, apakah universiti yang menawarkan bidang tersebut. Disebabkan bidang saya ketika itu memang tiada di tawarkan di Malaysia, jadi sebelum pergi temuduga, saya dah mula mencari universiti-universiti di UK yang menawarkan bidang itu. Jadi, saya boleh menjawab dengan agak mudah soalan yang ditanya dan ‘ended up’ dengan berbincang mengenai universiti-universiti yang telah saya maklumkan, ala-ala macam confirm je saya lepas interview itu. Alhamdulillah, dapat juga 🙂

    Jangan kerana ‘desperate’ untuk ke luar negara, kita ‘tipu’ mengatakan bidang tersebut tiada di Malaysia. Percayalah, panel-panel itu lebih tahu. Pernah terjadi, ketika interview calon mengatakan di hadapan panel, bidang tersebut ada di luar negara sahaja tanpa mengetahui, salah seorang panel adalah ketua pusat untuk bidang tersebut. Memang kantoi dekat situ terus. Ngeri juga bila membayangkan.

  3. Senyum! Bukan sengih ya, tapi senyum untuk menunjukkan yang kita confident dengan diri kita walaupun mungkin tak berapa ketika itu. Panel pun tahu yang kita semua sangat ‘nervous’, tapi kalau sampai tak mampu senyum dan muka sangat serius (sebab terlampau nervous), agak susah hendak terpilih bila membayangkan calon macam tu yang nak dijadikan ‘colleague’ dan pensyarah disamping mereka selepas pulang dari belajar.

Seingat saya, terdapat 7 atau 8 atau 9 calon termasuk saya untuk bidang yang kami pohon. Saya dah tak berapa yakin ketika itu kerana ketika undergraduate, saya tidak pernah belajar bidang tersebut (subjek berkenaan wujud, tapi lecturernya memegang jawatan di canseleri sepanjang pengajian undergraduate saya), tetapi 3-4 orang calon lain, pernah mengambil subjek tersebut sebelum ini. Jadi saya rasa peluang memang sangat tipis untuk saya ketika itu. Tetapi mungkin dengan persediaan ‘mengajar’ depan cermin, menggunakan topik yang mudah disampaikan, membuat sedikit ‘research’ berkenaan universiti, senyum dan juga REZEKI, Alhamdulillah, dapat juga saya melepasi interview yang pertama dan kedua dan dapat melanjutkan pelajaran peringkat Master menggunakan biasiswa skim Tenaga Pengajar Muda (TPM).

Apapun, semoga semua berjaya dalam apa-apa temuduga yang akan dihadapi! InsyaAllah.

424,773 total views, 20 views today

Share Button

28 responses to “Tips Temuduga Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM”

  1. zura says:

    Alhamdulillah rezeki awak, bestnyaaa hehe.
    Temuduga saya this tuesday.
    InsyAllah i will try my best.
    Thanks for these tips! 🙂

  2. Dean Islam says:

    salam, puan.

    boleh tak puan ceritakan sebenarnya biasiswa TPM ini apa? saya bercita-cita untuk jadi pensyarah disebabkan minat untuk menyampaikan sesuatu ilmu disamping dapat pahala.

    saya ingin tahu, biasiswa ini macam mana sebenarnya. maksudnya, kita perlu kerja bawah uitm dahulukah atau macam mana ya? saya tak berapa faham.

    • sayapensyarah says:

      W’salam

      Secara ringkasnya, TPM adalah biasiswa yang diberikan oleh UiTM untuk melanjutkan pengajian Master atau PhD dan selepas balik belajar, perlu berkhidmat dengan UiTM dan terikat selama 7 tahun. 🙂

  3. intan says:

    terima kasih utk tips yg diberikan.. harap2 membantu sy dlm interview selasa ni…. insyaAllah

  4. Tengku roslina says:

    Bila tpm akan di buka untuk kemasukkan 2015?

  5. eja says:

    Assalamualaikum madam. Saya dah tak sabar nak apply tpm untuk 20 oct nanti. Actually saya dah dapat offer letter dari QUT brisbane. masalah sekarang loan mara bukak pada february. Saya agak kecewa. tapi lepas saya baca blog nih , saya tak sabar nak apply tpm. sebab memang niat utama saya nak further adalah nak jadi pensyarah. 🙂

    • sayapensyarah says:

      w’salam wbt,

      Baguslah dah bersedia dari segi tempat semua. Mungkin berkat kesungguhan dah ada persediaan, mungkin lebih mudah untuk diterima. Walaubagaimanapun setiap fakulti ada kuota untuk menghantar TPM atau staf ke luar negara. Tak berapa banyak kuotanya. Tapi sy doakan semoga ada rezeki Eja. Good luck ye 🙂

  6. […] pernah menceritakan serba sedikit pengalaman dan persediaan saya ketika temuduga Tenaga Pengajar Muda dalam 7 tahun yang lepas dalam entri saya yang lepas. Boleh lah klik link di atas dan rujuk apa […]

  7. nabilah says:

    salam…saya sedang mengikuti pengajian master di um…boleh x saya nk mohon untuk tpm ini pada pada peringkat phd..tetapi saya tak habis lagi pengajian master saya

  8. anis liyana says:

    Salam. Untuk apply tpm ni perlu ada pengalaman dlam industri dulu tak?maksudnye untuk kite undergraduate ni , kena bekerja dulu baru boleh mohon kan.

  9. fatin says:

    Salam,saya student master uitm semester 1 intake sept 2014,.soalannya boleh x kalaw saya nak apply TPM nie sbb saya dah masuk master..saya memang minat untuk jadi lecturer..

  10. sarah says:

    Assalamualaikum, saya nak tanya, adakah tawaran ini boleh dipohon oleh mereka yang masih dalam pengajian (master) atau syaratnya mesti yang baru nak mulakan pengajian master dan phd?

  11. azuan says:

    Salam..boleh ke seorang guru yang sedang menyambung pengajian di peringkat master secara part time di utm skudai memohon dalam program ini…ape kesan kepada perkhidmatan sekarang.

  12. Mokhsen Majuhi says:

    Guru boleh mohon ini ke? Kami d bawah KMP

  13. iwan says:

    salam.saya nk tanya.untuk memohon biasiswa ni..adakah indvdu tersebut mesti fasih berbahasa inggeris?bidang saya adalah sains sukan..

  14. traajlaa says:

    Salam. Rasanya kt iklan tpm uitm 2015 tu dh dinyatakan dlm bold ink ‘belum memulakan pengajian semasa memohon’. Syarat lain pngk 3.0 ke atas dan berumur kurang 30 thn.

  15. ash says:

    Assalamualaikum..nak tanya perlu ke hantar proposal research sekali semasa menghantar dokumen diperlukan ke fakulti? Kalau ikut senarai perlu hantar ada..tapi di belakang proposal tu ada perkataan (berkaitan)..maksudnya apa ya?Terima kasih

  16. ummu says:

    Sekarang saya adalah penerima biasiswa jpa tpi jpa akan sponsor sampai dapat degree je la. Katakanlah utk master, sy dh dpt biasiswa dri prof sy, tpi hanya 75percent dri fee, possible ke sy apply biasiswa tpm spya support lagi utk 25percent fee plus elaun sara hidup?
    Terima kasih in advance.

  17. Ain says:

    Salam.

    Saya ingin bertanya, sebelum temuduga, perlukah calon utk menduduki IELTS dulu atau boleh mendudukinya selepas temuduga nnti?

    Terima kasih.

  18. NUR SUHAILLA says:

    Assalamualaikum, TPM ni apply bila dah start study MASTER dan Phd ke?

  19. ifa says:

    Salam..nk tnye..sy da apply biasiswa tpm nie…tp sy msih blum apply utk smbug master d mne2 unvrsti…so sy perlu apply dlu or tggu lpas sy da lulus interview..

  20. Puan says:

    Assalamualaikum, boleh sy tahu selepas selesai memohon bilakah uitm akan panggil utk interview. Jangka masa dr tarikh tutup brape ye?

    • azrai says:

      puan. uitm da mula panggil tuk interview..result dr permohonan dihantar melalui email.sila cek emel.

      owner blog..mo nanya sket..sy akan kerja di pharma niaga jan 2015.saya dibenarkan untuk bekerja dan menyambung kelas pada waktu malam atau tidak?

  21. Dija says:

    Assalam alaik. Nak tnye, semasa mohon biasiswa tpm, memg kena hantr prosal sekali ke?

  22. Roz says:

    Assalamualaikum, saya musykil lagi berkaitan cara nak pilih universiti. Maksudnya kita perlu pergi ke universiti dn apply master di sana atau isi by on9 sahaja? Biasisiwa dapat sebelum pngajian atau selepas pengajian?

  23. zahra says:

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya, mock teaching in English ke?

  24. fira says:

    kalau sy nk aply skim ini untuk ke overseas …adakah saya kene dapatkan offer letter n certificate IELTS dulu…atau blh ambik selepas permohonan dilulus ..atau diberi tempoh mase untuk dapat document2 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge