Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2014

Hanya tinggal beberapa hari lagi tarikh tutup untuk permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM ni iaitu pada 1 Oktober 2013. Maaf kerana lambat untuk berkongsi.

Biasiswa ini adalah untuk mereka yang berminat untuk menjadi pensyarah UiTM selepas habis belajar. Perlu diingatkan, dengan mengambil biasiswa ini, anda akan diikat (bonded) dengan UiTM selama 7 tahun. Jadi kepada yang tidak minat untuk menjadi pensyarah, boleh la cuba untuk memohon biasiswa lain.

Untuk memohon biasiswa ini juga, anda harus bersedia sekiranya anda dihantar bertugas ke mana-mana cawangan di seluruh Malaysia selepas tamat pengajian. Cawangan UiTM semakin banyak dibuka, jadi kemungkinan untuk mengajar di kawasan Shah Alam mungkin agak sukar bagi sesetengah bidang.

Permohonan boleh lah dibuat melalui online di laman web http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm

Bidang biasiswa yang ditawarkan adalah bergantung kepada kekosongan sama ada untuk Ijazah kedoktoran (PhD) atau Ijazah Sarjana (Master). Adik-adik & kawan-kawan boleh la melayari website UiTM ini untuk maklumat lanjut.

Semoga berjaya semua! 🙂

77,691 total views, 5 views today

Share Button

5 responses to “Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2014”

  1. NUR SUHAILLA says:

    Aslm…boleh saya tahu bila next intake untuk tenaga pengajar muda UITM ni?

  2. ana ashiken says:

    Salam…saya ingin bertanya..bila plak ye next intake untuk tenaga pengajar muda?saya baru lepas viva untuk pengajian sarjana untuk bidang sastera (geografi) dan saya memiliki sarjana muda pendidikan geografi..tetapi saya masih berminat untuk sambung pengajian di peringkat PHD dan pada masa yang sama ingin berkerja sebagai pensyarah muda jika diberikan rezeki..dan saya sangat berminat dengan tawaran biasiswa ini..:)..

  3. Hjh. Zaiton says:

    Baru2 ni my doter ada apply utk skim pensyarah muda uitm 2014 di mana tarikh tutup nya pd 20hb.Mac. Tetapi tidak ada sebarang makluman yg di terima. Boleh saya tahu apakah status permohonan ini. Sepatut nya bila keputusan permohonan ini diberitahu atau dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada pemohon?

  4. inna says:

    Assalamualaikum.

    Saya telah mendapat Msster of Science bberapa bulan yg lalu. Saya ingin menjadi pensyarah dan saya difahamkan bahawa skim tpm uitm ini boleh menaja saya utk membuat phD dan selepas itu bekerja sebgai lecturer. Adakah TPM untuk pengajian phD hanya ditaja untuk belajar di luar negara seperti unimas ataupun boleh di dalam Msia juga? Tq..

  5. Nur Adillah Hassan says:

    Assalamualaikum…

    saya nak tanya, kat mana ye, nak tengok syarat-syarat kelayakan untuk memohon tenaga pengajar muda UITM ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge